berbalik kepada cte game of thrones tadi, aku dpt tau pun sbb aku saje2 tonton reading/leeds festival aritu secara broadcasting kat tenet nih.. so, aku terbaca kat chatbox tu pasal cte nih.. so aku pun search download link kat syok.org... dpt la aku donlot dari episode 1-10..
(King Robert Baratheon)
cte nih berkisar ttg zaman medieval di satu negara yg digelar Seven Kingdom.. pemimpin asal negara tu iaitu King Targaryen a.k.a Mad King telah digulingkan oleh pahlawan dia sendiri iaitu 2 org sahabat baik ni iaitu Lord Eddard "Ned" Stark dgn Robert Baratheon. Mad King telah dibunuh oleh Kingslayer nye sendiri iaitu Jaime Lannister yg turut bersekongkol dgn Ned Stark dan Robert Baratheon.
(Lord Eddard "Ned" Stark)
(Prince Joffrey Baratheon)
(Queen Cercei Lannister)
(Kingslayer Jaime Lannister)
Oh tak lupe pada anak luar nikah si Ned ni iaitu si kacak Jon Snow. Emmm..grrrrr..wawawaaaawww.. haha.. sian budak ni.. dia baik orangnye. just ko jgn panggil die bastard.. ha, tu yg buat dia marah tu.. Hubungan dia dgn adik2 dia yg lain mak tu ok je. Boleh dikatakan rapat gak la terutama skali hubungan dia dgn Arya. Namun begitu, Lady Stark iaitu Catelyn tak begitu gemar kat si Jon Snow nih.. sian die..
(Jon Snow)
So, smpai satu point dlm cte nih, si Jon ni nak berbakti kepada negara die dgn sukarelanya menawarkan dirinye untuk berkhidmat di The Wall. The Wall ini adalah satu lokali di dalam negara Seven Kingdom nih yang misteri sifatnya.. keadaan di sini mmg sentiasa bersalji.. ada rumour mengatakan bahawa "Winter is coming" iaitu satu musibah yg akan melanda negara dorang tapi tak tau ble. sambil2 tu, ada puak2 yg turut misteri sifatnye yg digelar White Walker menghuni di dlm hutan disebalik The Wall suka membuat kecoh.. so, sebagai wira2 yg "terpilih" kena lah berkhidmat di The Wall ni untuk berbakti kepada negara.. butttt... sape2 yg dtg berkhidmat di The Wall ni kene menyatakan sumpah taat setia untuk berkhidmat di The Wall sampai akhir hayat dan kena meninggalkan keluarga dan kampung halaman FOREVER dan jgn la berangan nak dpt belaian seorang perempuan. Ha, mmg silap la si Jon ni gi sana.
Sape2 kuli yg berkhidmat kat The Wall ni lari/absconded digelar Deserter dan kena mandaroty hukuman pancung sampai mati. Kui...
Kay, kte cte plak main plot dalam GoT ni. King Robert Baratheon punya Hand of the king iaitu Lord Jon Arryn telah ditemui mati. Tugas Hand ni bukannye mudah. antara bidang kerjanye adalah menyelenggara negara umpama seorang raja sementara raja nih gi hunting/whoring/drinking... aih, akal paleh (pemalas) betul si Robert ni. keje dia siap ada pembantu tu. baik si Hand tu je yg jadi king camni..
Si Robert nih actually tak berapa gemar dgn ipar die si Jaime Lannister tu. Pada pendapat dia si Jaime ni mcm dah lama aim jawatan Hand tu. Robert mengambil tindakan drastik dgn melantik sahabat die si Ned Stark untuk menjadi Hand. Ned tak dapat menolak walaupun bini die si Cat merajuk. Rombongan diRaja datang ke Winterfell untuk menjemput Ned menjadi Hand of the King. Robert siap aturkan untuk mengahwinkan anak die Putera Joffrey dgan anak dara si Ned, Sansa. Sansa ni mmg gediks punya budak. so, die mcm orang mengantuk diberi pil tidur terus memujuk ayahnye unt setuju kawinkan die dgn Joffrey poyodah tu. Semasa lawatan diRaja tu yg memakan masa berhari2 di Winterfell, anak lelaki Ned yg berusia 10 tahun iaitu Bran pegi memanjat menara dimana kerjaya ini sangat diminatinye. Mmg hobi die la panjat2 bangunan ni. Tetapi nasib die mmg malang sbb die telah menjadi eyewitness terhadap satu hubungan incest ni. sambil panjat2 tu Bran ni terdengar moaning, and then realize Jaime Lannister dgn Queen Cercei Lannister tengah berlaku sumbang. isyisyisysisys...dasat2!
Jaime menolak Bran dari menara tu dan menyebabkan Bran koma and menjadi lumpuh. Sian budak tu...
(Bran Stark dgn Jon Snow)
So, si Bran yg dah jadi cripple ni terpaksa la ditinggalkan di Winterfell bersama adik bongsu n abg long dia, Robb. Mak dia pun kena tinggal dek ayahnye demi tugas. Namun, mak dia mendapat satu surat bawaan raven dari negeri kelahirannye..errr.. tak tau plak nama dia. Kat negeri dia tu diperintah oleh kakak si Cat ni yg juga merangkap balu ex-Hand si Jon Arryn. Kakak dia ckp ada laki dia mati disebabkan oleh racun --- dan mafianye adalah the Lannister. Cat ni percaya. Dia menyimpan dendam kesumat terhadap keluarga Lannister ni tambahan pulak dia mendapat tau Bran yg koma cuba dibunuh oleh koncu2 Lannister nih. Cat malas dah nak mentadbir Winterfell, so tampuk pemerintahan diambil alih oleh Robb Stark. Cat diiringi oleh org kuat dia pergi ke King's Landing, iaitu capital Seven Kingdom demi untuk memberitau pasal taik yg dibuat oleh Lannisters kepada Ned. Ned jumpa Cat di brothel ex bf si Cat, iaitu Petyr Baelish yg jugak merangkap menteri kewangan (kot!) Seven Kingdom dan jugak tuan tanah umah pelacuran tu. Slps kiss goodbye laki die, Cat berjanji nak balik ke Winterfell. Ned pulak berazam nak selongkar misteri yg menyelubungi King's Landing tika itu selepas diberitau oleh Cat. Manakala Cat ni bukannye balik ke Winterfell, dia gi colek sorang lagi org kuat Lannister iaitu Tyrion Lannister, the imp. Si petot kerdil nih walaupun dia tak hensem mcm adik die si Jaime namun dia ada senjata yg kuat iaitu BRAIN. Yeah, the dwarf with brain. Dia dibawak oleh Cat dan koncu2 nye gi ke negeri kelahiran Cat yg dibawah pimpinan kakak dia untuk diberi pengadilan.
(Tyrion si kerdil dgn Cat)
Ok, wat masa nih aku tulis smpai sini dulu.. Ti aku sambung balik. aku nak kuar gi bli ubat gigi. ti ada pulak yg tak gosok gigi kang. Haha.. Sehingga berjumpa di lain hari ... tatata...!!!
No comments:
Post a Comment